Senin, 19 April 2010

Mari kita ambil Kebenaran

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata: Di antara ciri kedangkalan ilmu seseorang adalah ketika dia bertaklid dalam urusan agamanya kepada tokoh (rijal)nya, (bukan kepada hujah/kebenarannya).

Ibn Jauziah juga pernah berkomentar bahawa “syariat sudah sempurna, jika Anda mendapatkan pemahaman syara’, maka ikutilah Nabi dan sahabatnya dan jangan mengikuti rijal dalam urusan agamamu” (Ibn Jauzi, Shaid al-Khathir, hal. 66-67)

Begitu juga dengan atsar oleh Saidina Ali, yang diucap oleh sebuah peristiwa dimana Al Harits bin Hauth berkata kepada Ali: “Apakah Anda mengira, kami menganggap Thalhah dan az-Zubair berada dalam kebathilan (saat Perang Jamal)?Maka ALi radhiallahu ‘anhu menjawab: Wahai Harits (nampaknya) itu masih kabur bagimu. Sesungguhnya kebenaran tidak diketahui dari tokoh (rijal)-nya, tetapi kenalilah kebenaran itu sendiri, maka kamu akan mengetahui orangnya.” (Al Qurthubi, al-Jami’, Juz I/340).

Apa yang dimaksudkan oleh kami, jangan pernah sekali-kali, kita melihat sebuah kebenaran itu daripada orangnya, atau imej, atau ikon atau figure tertentu, sehingga apa yang mereka sampaikan dan bawakan membuatkan kita terus setuju tanpa memerhatikan lagi apakah yang disampaikan itu sesuai syariat Islam atau tidak. Dan situasi ini amat di larang keras oleh Islam itu sendiri, kerana Islam menyeru kita, untuk melihat sebuah kebenaran itu daripada kebenaran itu sendiri (penyampaiannya, fikrohnya, dalilnya). Nescaya pasti kita akan duduk bersama orang-orang yang benar.

Dan semoga kita semua tergolong daripada orang-orang yang benar. Yang berjuang menegakkan hak, berusaha memantapkan fikroh, dan berjalan di atas KESATUAN UMMAT di bawah Panjinya Rasulullah (AR-ROYAH). Sudah sekian lama kita semua terpecah belah, tanpa ada kekuatan dan sering di adu domba, KINI SAATNYA PEMUDA ISLAM BANGKIT UNTUK BERSATU DAN BERJUANG KE ARAH PEMERSATUAN UMMAT BERSANDARKAN KEPADA AKIDAH ISLAM YANG KAFFAH. ALLAHU AKBAR!!!.
*
Postingan Terkait Lainnya :


0 komentar:

Posting Komentar

 

Hizbut Tahrir Indonesia

SALAFY INDONESIA

Followers